MIRI: Seramai 20 bakal guru Bahasa Inggeris (BI) daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) dipilih untuk mengikuti kursus Ijazah Perguruan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) bermula tahun depan.
Mereka merupakan antara 200 pelatih IPG dari seluruh negara yang terpilih untuk program berkenaan yang mendapat kerjasama institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
“Mereka merupakan bekas pelajar tingkatan lima yang telah mengikuti kursus pengajian selama satu setengah tahun di IPG.
“Mereka akan mengajar Bahasa Inggeris di sekolah menengah,” kata Ketua Unit Bahasa Inggeris IPGKS Ira Bhattacharyya.
IPG membantu melatih guru BI untuk sekolah rendah dan IPTA melatih guru BI untuk sekolah menengah, di mana sebelum ini guru perlu mendapat kursus dari luar negara sebelum dibenarkan mengajar subjek berkenaan.
Timbalan Dekan Prasiswazah Alumni dan Hubungan Industri Profesor Madya Dr Saemah Rahman memberitahu bahawa kursus ijazah TESL untuk pelatih Sarawak telah dikendalikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak 1990.
“Pelajar akan mengikuti kursus selama dua tahun di IPGS dan meneruskan penga-jian mereka di UKM Bangi Selangor selama dua tahun,” jelasnya.
Dalam pada itu seramai 20 pelatih IPGKS mengikuti Program Minggu Mesra Pelajar Prasiswazah Program Kembar Praperkhidmatan Untuk TESL selama sehari semalam.
Daripada jumlah itu, 19 adalah dari Sarawak sementara seorang adalah dari negeri Johor dengan kursus adalah bawah Program Kembar Praperkhidmatan B.Ed. TESL.
No comments:
Post a Comment