Peluang untuk siswazah muda dan pemegang sijil Bumiputera menceburi bidang perniagaan dan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan terbuka luas. Menyedari keadaan ini, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) mengalu-alukan siswazah muda dan pemegang sijil Bumiputera untuk menjadi usahawan dan menyumbang ke arah pembentukan usahawan Bumiputera yang berintelek dan berkemahiran tinggi. Sehubungan dengan itu, PUNB menyediakan pakej keusahawanan PROSPER Siswazah untuk mendorong, membimbing dan membangun para usahawan muda dan pemegang sijil Bumiputera menceburi bidang keusahawanan khususnya bidang peruncitan. Objektif
1) Kemudahan Pinjaman. PROSPER Siswazah menyediakan dua jenis pakej pinjaman yang berlandaskan Shari'ah. Pakej-pakej pinjaman ini adalah; Pakej AMenyediakan pembiayaan dari RM 5,000 sehingga RM 50,000 untuk perniagaan tunggal, perkongsian atau Sdn Bhd. Usahawan perlu menyumbang modal minimum sebanyak RM 500 untuk satu projek. Tempoh pembayaran balik pinjaman ialah dari tiga (3) sehingga tujuh (7) tahun. Pakej BMenyediakan pembiayaan dari RM 50,001 sehingga maksimum RM 100,000 untuk perniagaan perkongsian atau Sdn Bhd. Setiap usahawan perlu menyumbang modal minimum sebanyak RM 500 untuk satu projek. Tempoh pembayaran balik pinjaman ialah dari lima (5) sehingga tujuh (7) tahun. 2) Perkhidmatan Perniagaan Kedua dua Pakej pinjaman A dan B ini merangkumi perkhidmatan perniagaan yang menyediakan khidmat pra-operasi perniagaan, pemantauan akaun, khidmat nasihat perniagaan dan latihan sepanjang tempoh pembiayaan dan bayaran yang berpatutan akan dikenakan kepada usahawan. Syarat Kelayakan Calon sasaran · Bumiputera · Berumur tidak lebih dari 33 tahun pada tarikh pendaftaran · Sanggup mengikuti ke semua program yang ditentukan oleh PUNB · Siswazah - memiliki sekurang-kurangnya diploma daripada institusi pengajian yang diiktiraf oleh kerajaan · Pemegang sijil - memiliki sijil bertauliah dalam bidang teknikal daripada institusi pengajian yang diiktiraf oleh kerajaan dan sekurang-kurangnya lulus tahap 2 dengan pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang yang dipelajari Perniagaan · 100% milik usahawan Bumiputera dan diuruskan sendiri oleh usahawan · Perniagaan baru atau peringkat perkembangan Bidang perniagaan Siswazah· Telekomunikasi & Peralatan Teknologi · Pendidikan · Pengedaran & Pasar Basah · Pakaian & Aksesori · Konfeksi & Gerai Makanan · Kosmetik & Servis Kecantikan · Alatan Logam & Bahan Binaan · Fotokopi & Percetakan· Buku & Alat Tulis· Perhiasan Rumah Pemegang Sijil · Fabrikasi Logam (Kimpalan) · Automotif· Pendawaian Elektrik· Penyejukbekuan & Penyamanan Udara· Pemasangan & Servis (CCTV, Telekomunikasi, Audio & Video)· Jurukerja Paip Proses Permohonan Sekretariat PROSPER(Skim PROSPER Siswazah) PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD Tingkat 10, Blok 1B, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 Kuala Lumpur Sentral 50470 Kuala Lumpur atau Sebarang pertanyaan, sila hubungi:Faks : 03-2780 2119/2100 Anda juga boleh mendaftar secara talian terus melalui laman portal: www.punb.com.my INFOLINE : 03 - 2785 1477 Tel : 03 - 2785 1515 Emel : customerservice@punb.com.my |
Thursday, June 23, 2011
Home »
Skim Latihan 1 Malaysia
» Skim PROSPER Siswazah
Skim PROSPER Siswazah
NR Thursday, June 23, 2011
Thanks for reading Skim PROSPER Siswazah
Previous
« Prev Post
« Prev Post
Next
Next Post »
Next Post »
No comments:
Post a Comment