Powered by Blogger.

Friday, January 20, 2012

27 Murid SK Muton, Debak Terima Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

  NR       Friday, January 20, 2012

oleh Saleman Senin

Seramai 27 orang pelajar Tahun Satu dan Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Muton, Debak layak menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) bagi sesi tahun 2011 yang lalu menerima wang tersebut yang jumlah keseluruhannya RM5,400.00.
Menurut Guru Besar sekolah tersebut, Jamali bin Seman pemberian wang berjumlah RM200 seorang untuk seramai 27 pelajar sekolah ini adalah merujuk kepada data daripada Pejabat Pelajaran Daerah Betong yang menyalurkan bantuan kepada pelajar sekolah menerusi akaun sekolah terbabit.

"Bayaran telah mula dibuat oleh pengurusan sekolah mulai minggu lepas, namun disebabkan kelewatan segelintir ibubapa menguruskan dan membuka akaun untuk anak-anak mereka menyebabkan pihak kita tidak dapat memproses sebagaimana yang diharapkan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis menandatangani borang Akuan Penerimaan Bantuan pelajar  KWAPM yang berlangsung di Dewan Santapan SK Muton Debak disini hari ini.

Tambahnya, Kerajaan telah menunaikan tanggungjawabnya dengan menyalurkan wang bantuan kepada mereka yang layak. Pihak sekolah pula telah menyampaikan amanah kepada pelajar yang menerima.

Oleh hal yang demikian jelasnya, amanah ibubapa untuk menggunakan bantuan yang disalurkan dengan sebaiknya dan menguruskan penggunaan wang tersebut dengan cara yang betul dan sepatutnya.

"Anak-anak adalah tanggungjawab kita sebagai ibubapa. Jika kita tidak menguruskan dengan sempurna bantuan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan dengan membeli peralatan sekolah dan keperluan yang digunakan oleh anak-anak untuk belajar, ianya merupakan satu kesalahan, tegasnya.

"Kita sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan yang dapat memberi bantuan (KWAPM) sebegini kepada kita. Selain menerima bantuan RM100 bantuan persekolahan dan pemansuhan yuran sekolah, kita seharusnya bersyukur dengan apa yang telah kita perolehi seperti hari ini.

Dengan adanya bantuan sebegini beban ibubapa menguruskan perbelanjaan dan persediaan peralatan sekolah pelajar semakin ringan dan mudah. Apabila kemudahan yang sedia ada telah kita miliki, mustahil untuk anak-anak tidak mendapat dan tidak mampu menggunakan pakaian yang sempurna seperti orang lain.

"Saya tidak mahu pelajar menggunakan pakaian yang lusuh apabila kesekolah. Kita bukan memaksa ibubapa untuk menyediakan pakaian yang mahal untuk anak mereka. Memadai jika menggunakan bantuan dengan seadanya dan cukuplah jika anak-anak kita bersih.

Sebagai pendidik kita mahukan pelajar kita mengutamakan kebersihan bagi mengelakkan penyakit. 

Apabila kesihatan diutamakan, pemikiran anak-anak kita cergas dan dapat menyumbang kepada keputusan yang baik dalam pembelajaran, tambahnya.

Justeru, beliau berharap dan berpesan kepada ibubapa yang hadir untuk memberi kerjasama kepada pihak sekolah apabila diperlukan. Jika pihak sekolah memohon sesuatu keperluan anak-anak demi kebaikan sekolah, jangan pula menganggap ianya satu bebanan kerana pihak sekolah tidak akan memberi masalah kepada ibubapa malah akan sentiasa memberi yang terbaik untuk pelajar.

Sokongan ibubapa dalam usaha membangunkan prestasi sekolah adalah sesuatu yang dituntut demi kecemerlangan pelajar, kebangkitan sekolah, kejayaan jabatan dan kemajuan negara.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah, Dangiu anak Mamek, Penolog Kanan HEM, Rajanah Salim, Penolong Kanan KK, Mahmud Hasim serta ibubapa yang terlibat.

- SU, 19 Jan 2012
logoblog

Thanks for reading 27 Murid SK Muton, Debak Terima Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

Previous
« Prev Post

No comments: