Powered by Blogger.

Saturday, February 11, 2012

Isu Kekurangan Guru di Sarawak Masih Lagi Kabur

  NR       Saturday, February 11, 2012


11 Febuari 2012

Isu kekurangan guru di Sarawak masih lagi kabur kerana tidak mendapat penjelasan terperinci daripada Kementerian Pelajaran Negeri.

Baru-baru ini, Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menyarankan agar kementerian mengambil kaedah segera bagi mengatasi isu kekurangan guru di negeri ini supaya dapat ditangani dengan segera.

Presidennya, Ahmad Malie berkata, ia penting bagi memastikan kebajikan dan pembelajaran pelajar khususnya di Sarawak tidak akan terjejas. 

"Ia bukan untuk tahun ini tetapi untuk tahun-tahun yang akan datang supaya tidak timbul suara-suara tuntutan sedemikian (Kekurangan Guru) saban tahun", katanya.

Namun, Pengarah Pelajaran Sarawak, Abdillah Adam ketika mengulas mengenai perkara itu semalam bagaimanapun enggan mengulas lanjut masalah tersebut.

"Saya tidak dapat mengulas perkara tersebut buat masa ini kerana saya tidak mempunyai statistik mengenainya (Guru di Negeri Ini) dan dikhuatiri bercanggah daripada fakta sebenar", katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penutupan Kejohanan Merentas Desa MSSM peringkat negeri di Stadium Tertutup di sini semalam.

Pada kejohanan itu, bahagian Kuching merangkul gelaran juara yang mana 32 atlet dipilih mewakili Sarawak ke Kejohanan Merentas Desa MSSM Peringkat Kebangsaan di Kedah bermula 2 Mac depan. 
logoblog

Thanks for reading Isu Kekurangan Guru di Sarawak Masih Lagi Kabur

Previous
« Prev Post

No comments: