Powered by Blogger.

Saturday, February 11, 2012

Masalah Siswazah Kejururawatan Gagal Dapat Kerja Akan Dikaji

  NR       Saturday, February 11, 2012

SUBANG JAYA — Terdapat satu keperluan mendesak agar kajian dilakukan mengapa ramai siswazah kejururawatan tempatan gagal memperolehi pekerjaan, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Kajian berhubung perkara itu adalah penting, katanya pada Persidangan Penyelidikan Kejururawatan Antarabangsa Kedua anjuran Jabatan Sains Kejururawatan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya di sini semalam.
Ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Rohani Abdullah ketika merasmikan persidangan dua hari itu.
Mohamed Khaled berkata, jabatan itu berusaha ke arah meningkatkan kualiti kejururawatan di dalam negara agar mencapai taraf dunia.
Salah satu pendekatannya, beliau berkata adalah menggalakkan penyelidikan kejururawatan dan menggunakan penemuan penyelidikan dalam amalan kejururawatan.
Menyentuh tema persidangan itu, “Akses Untuk Kesihatan Berkualiti Melalui Penyelidikan”, menteri itu berkata penyelidikan adalah satu daripadan elemen dan mekanisme penting ke arah mencapai masyarakat inovatif dalam pelbagai bidang termasuk kejururawatan.
Persidangan itu dianjurkan sempena sambutan ulang tahun ke-50 fakulti berkenaan. — BERNAMA, 9 Feb
logoblog

Thanks for reading Masalah Siswazah Kejururawatan Gagal Dapat Kerja Akan Dikaji

Previous
« Prev Post

No comments: