KEMAMAN 6 Julai - Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Terkok, Sungai Siput di Perak dijangka dibuka semula untuk menerima pelatih baru pada Mac tahun depan.
Kem itu ditutup April lepas berikutan kematian seorang pelatihnya, R. Vinoth yang didakwa terkena jangkitan wabak kencing tikus atau Leptospirosis pada 12 Mac.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, hasil pemeriksaan Jabatan Kesihatan Negeri Perak mendapati kematian itu tiada kena mengena dengan aspek kebersihan di kem berkenaan. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment