Inilah sekolah tersebut
KUALA LUMPUR 7 Jan: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
didesak menyiasat insiden Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Lawas yang
dikunci ekoran pertikaian kontraktor projek sekolah itu.
“Ia tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan sesi persekolahan baru
bermula. SPRM perlu siasat jika ada unsur rasuah. Kita menuntut demikian
kerana rakyat mahu tahu keadaan sebenar,” kata Ketua Angkatan Muda
KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari.
Beliau mengulas tindakan subkontraktor projek mengunci sekolah 2
Januari lalu berikutan belum membuat bayaran kepada mereka selain
menanggung kerugian RM2 juta.
Nazib juga menuntut Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, Menteri
Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul
Taib Mahmud memberi penjelasan.
“Jika saluran kewangan negara telus, tiada salah guna kuasa dan
rasuah, kita yakin insiden memalukan ini tidak berlaku,” katanya kepada Keadilan Daily.
- Keadilan Daily
No comments:
Post a Comment