Powered by Blogger.

Monday, September 09, 2013

25 Belia Penan Jadi Pesawah Perintis Sertai Program Latihan Pertanian

  NR       Monday, September 09, 2013
BANYAK ILMU BAHARU: Belia-belia Penan berazam untuk menjadi perintis pertanian yang berjaya di Murum.

KUCHING 6 Sept. - Seramai 25 golongan belia Penan menyertai program latihan pertanian yang berlangsung selama 24 hari di Institut Pertanian Sarawak dekat sini baru-baru ini.

Menurut kenyataan akhbar Sarawak Energy Berhad (SEB), kumpulan itu terdiri daripada wakil beberapa komuniti Penan yang terbabit dengan pembinaan Empangan Murum di Kapit.

Katanya, belia tersebut merupakan kumpulan perintis yang diyakini mampu mendorong komuniti masing-masing mengguna pakai amalan pertanian lebih moden.

"Peserta-peserta ini terdiri daripada 17 lelaki dan lapan perempuan yang berusia dalam lingkungan umur 15 hingga 32 tahun.

"Mereka yang berasal dari Long Luar terdiri daripada enam orang, Long Wat (5), Long Menapa (5), Long Tangau (5), Long Singu (4)," kata kenyataan itu di sini baru-baru ini.

Menurut kenyataan itu lagi, program latihan pertanian tersebut merupakan sebahagian daripada Projek Home Garden Penempatan Semula Murum yang dilaksanakan kerajaan negeri dengan kerjasama penuh pihak SEB.

Lima modul utama disediakan untuk para peserta iaitu penternakan, tanaman, akuakultur, pembangunan ekonomi rumah serta rekod ladang.

"Berdasarkan maklum balas fasilitator dan instruktor, kesemua peserta menunjukkan sikap positif apabila menunjukkan minat mendalam untuk menuntut ilmu," kata kenyataan itu.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang dijadual merasmikan program latihan itu pada 11 September ini.

Sementara itu, seorang peserta, Steven Mutui, 21, mengakui berasa bertuah kerana diberi peluang mengikuti latihan pertanian tersebut.

"Sekembalinya saya ke kampung halaman, saya akan memanfaatkan segala ilmu yang ditimba untuk mengubah nasib komuniti kami," katanya.

Seorang lagi peserta, Lurang Usang, 21, dari Long Singu berazam untuk mengubah corak hidup keluarganya yang ketika ini masih bergantung kepada aktiviti memburu serta mengutip hasil hutan.

Sumber: UtusanThe Borneo Post
logoblog

Thanks for reading 25 Belia Penan Jadi Pesawah Perintis Sertai Program Latihan Pertanian

Previous
« Prev Post

No comments: