Powered by Blogger.

Sunday, September 05, 2010

FRIENDSTER - Laman Web Sosial

  NR       Sunday, September 05, 2010

Friendster ialah sebuah laman web rangkaian sosial milik swasta.[1][2] Ibu pejabatnya terletak di Sydney, Australia.[3] Perkhidmatannya membolehkan penggunanya berhubung sesama sendiri, dan berkongsi kandungan dan media dengan rakan hubungan masing-masing.[4] Tapak web ini juga digunakan untuk bercinta dan mengetahui acara, pemuzik, dan hobi baru. Para pengguna boleh berkongsi video, foto, mesej dan komen dengan satu sama lain melalui profil dan rangkaian mereka.[4]
Friendster digunakan oleh lebih 115 juta pengguna berdaftar dan lebih 61 juta pengunjung unik sebulan di seluruh dunia. Laman-laman webnya pula dilihat kira-kira 19 bilion kali sebulan, maka dimasukannya dalam 100 tapak web global teratas berdasarkan trafik sesawang.[5]
Lebih 90% trafik Friendster datang dari benua Asia, di mana Friendster menikmati bilangan pengunjung unik paling ramai di kalangan semua rangkaian sosial.[6][7][8][9] Sepuluh negara yang paling ramai penduduknya yang mengakses Friendster, mengikut Alexa, tepat pada 7 Mei 2009 ialah: Filipina, Indonesia, Malaysia, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Singapura, China, Jepun, Arab Saudi dan India.[5]

SEJARAH 

Friendster diasaskan oleh seorang pengaturcara komputer bernama Jonathan Abrams di Mountain View, California pada tahun 2002, sebelum munculnya MySpace, Facebook, LinkedIn dan lain-lain.[10]
Friendster diasaskan untuk menyediakan suasana yang lebih selamat dan berkesan untuk bergaul dengan rakan-rakan baru, dengan melayari profil pengguna dan berhubung sesama rakan-rakan dan sebagainya, membolehkan ahli-ahlinya meluaskan rangkaian rakan-rakan dengan lebih cepat di alam maya berbanding sceara bersemuka di alam sebenar.[2]
Friendster.com dilancarkan pada Mac 2003 lalu digunakan oleh tiga juta pengguna dalam masa tiga bulan pertamanya.[2] Kejayaan Friendster turut dibincangkan oleh bahan-bahan penerbitan seperti Time, Esquire, Vanity Fair, Entertainment Weekly, US Weekly dan Spin, manakala pengasasnya turut terpapar pada kulit majalah dan muncul dalam rancangan bual bicara larut malam.[2]
Walau bagaimanapun, pada pertengahan tahun 2005, Friendster kehilangan taringnya di Amerika Syarikat berikutan bangkitnya MySpace dan Facebook. Namun begitu, pada masa yang sama, Friendster semakin popular di kalangan remaja di Singapura, Filipina, Indonesia, dan Malaysia. Kini, Friendster dianggotai oleh lebih 115 juta pengguna berdaftar dan masih meningkat jumlahnya, terutamanya di Asia.[8][9][10]
Pada Ogos 2008, Friendster mengambil khidmat Richard Kimber, seorang bekas eksekutif Google, sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya.[11][12][13] Kimber yang pernah menyandang jawatan pengarah pengurusan serantau Asia Selatan di Google, kini menumpukan perhatiannya pada pelarisan Friendster di Asia.[14]
Pada 9 Disember 2009, dilaporkan bahawa Friendster telah dibeli oleh MOL, sebuah syarikat Malaysia.[15]

PERKHIDMATAN

Pada tahun 2007, Friendster menyediakan Fan Profiles, Friendster Developer Program (platform terbuka) dan melancarkan Friendster.com dalam sembilan bahasa tambahan. Pada tahun 2008, Friendster terus melancarkan tapak webnya dalam bahasa-bahasa baru serta melancarkan Friendster Mobile yang menyediakan peringatan teks SMS.[7][13][16][17]
Fan Profiles: Fan Profiles merangkumi lebih 40 jenis "entiti" yang berbeza[18] – termasuk artis, selebriti, peragawan, pemuzik dan pertubuhan. Entiti-entiti sedemikian boleh membuka "Fan Profile" yang membolehkan mereka mempromosikan diri serta memperoleh ramai peminat di Friendster. Fan Profiles juga boleh dicapai oleh bukan ahli Friendster melalui enjin gelintar seperti Google, Yahoo!, dan Bing.[19] Pengguna Friendster boleh menjadi peminat kepada entiti kegemaran mereka untuk mengikuti perkembangan terbarunya. Terdapat lebih 40 juta hubungan pada Fan Profiles di Friendster.[4][19]
Friendster Mobile dan Friendster Text Alerts: Friendster Mobile (m.friendster.com) adalah percuma untuk penggunanya dari mana-mana peranti mudah alih yang berfungsi Internet di seluruh dunia dalam beberapa bahasa, iaitu Inggeris, Indonesia, Melayu, Korea, Cina Tradisional dan Ringkas. Pengguna Friendster di Singapura, Malaysia, Indonesia dan Filipina boleh melanggani dan menerima peringatan SMS di peranti mudah alih untuk aktiviti rangkaian dan kemaskini rakan.[20]
Bahasa: Selain bahasa Inggeris, Friendster juga ditawarkan dalam bahasa-bahasa Filipina, Thai, Melayu, Vietnam, Indonesia, Cina (tulisan Tradisional dan Ringkas), Jepun, Korea, dan Sepanyol.[4] Pada mulanya, Friendster hanya tersedia dalam bahasa Inggeris, sehingga disusuli sepuluh bahasa baru dari September 2007 hingga Januari 2009, yang terbarunya ialah bahasa Filipina.[21] Para penggunanya boleh memasukkan kandungan dalam mana-mana bahasa sekalipun.
Friendster melancarkan segala sokongan bahasa dalam satu domain tunggal, iaitu www.friendster.com. Friendster ialah rangkaian sosial Internet sedunia pertama yang menyokong bahasa-bahasa Asia dan lain-lain dalam satu domain tunggal, agar para penggunanya di seluruh dunia mampu berhubung sesama mereka.[22]
Lebih 70% pengguna Internet sedunia boleh menggunakan Friendster.[23]
Friendster Developer Program: Friendster merupakan tapak web terbuka sejak Ogos 2006 ketika mula-mula membenarkan widget dan kandungan seumpamanya dibenamkan dalam laman profil penggunanya.[24] Lebih kurang 39% pengguna Friendster membenamkan widget dalam profil mereka.[24]
Friendster membenarkan pembangun perisian mengakses API yang menggunakan kandungan dan data dalam rangkaian Friendster untuk mendirikan dan mengaturkan aplikasi tersuai di dalam dan luar Friendster. Program pembangunan ini merupakan platform terbuk (bukan hak milik) dengan model pendapatan terbuka.[24][25]
Friendster merupakan tapak sosial pertama yang menyokong kedua-dua platform OpenSocial dan Facebook.[25]
logoblog

Thanks for reading FRIENDSTER - Laman Web Sosial

Previous
« Prev Post

No comments: