Powered by Blogger.

Thursday, November 21, 2013

Semakan Panggilan Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 (MARA) di IKM Kuching

  NR       Thursday, November 21, 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dipelawa mengikuti sesi “MARA Assessment Centre (MAC)” iaitu sesi pemilihan dan temuduga ke jawatan “Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41  seperti makluman berikut :-

TARIKH   :
27 & 28 November 2013Seperti di lampiran  ( rujuk no. ID di lampiran c. Senarai Nama)
MASA     :
7.00 pagi
TEMPAT : 
IKM Kuching, Jalan Kemahiran, Off Jalan Sultan Tengah, Peti Surat 3271, 93764 Kuching, Sarawak,  Tel  : 082-441149 / 441113

Muat turun senarai nama di bawah berikut:


PERHATIAN :
Sila bawa DOKUMEN ASAL dan satu salinan fotokopi seperti berikut :-
Ø  Resume yang lengkap
Ø  Kad Pengenalan
Ø  Kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia  (SPM)
Ø  Kelulusan Diploma Perguruan/Pendidikan dan Transkrip (jika ada)
Ø  Kelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Transkrip
Ø  Dua (2) keping Gambar Berukuran Passport
Ø  Cetak & Lengkapkan Borang (disertakan dalam lampiran)
                                                                    i.                        Employment Application – 1 salinan
                                                                  ii.                        Micro Teaching Form – 2 salinan
                                                                iii.                        Interview Form – 3 salinan

KAEDAH PENILAIAN :
A.      Ujian Psychometric
B.      Penilaian Temu Duga
C.      Tugasan Individu ( Micro Teaching/Amali Pra- Mengajar)
ü  Pemilihan tajuk pengajaran adalah bebas mengikut Subjek yang bakal diajar.
ü  Penyampaian mengajar dalam Bahasa Inggeris diwajibkan kepada subjek Business Studies/ Accounting, Science Computer, Mathematic, Physic, Chemistry & Biology.
ü  Silibus pengajaran adalah berdasarkan peringkat pembelajaran di Sekolah Menengah (MRSM) .
ü  Subjek Business Studies/Accounting adalah berdasarkan silibus peringkat Diploma.
ü  Tempoh masa persembahan pra – mengajar  yang diperuntukan adalah 10 minit sahaja.
ü  Sediakan satu salinan set induksi mengajar.
ü  Calon dikehendaki mempraktikan kaedah pengajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan papan putih sahaja.
ü  Calon dinilai dari segi personaliti, suara, kreativiti dan kebolehan (bakat mengajar). Kelebihan berbahasa inggeris akan diberi perhatian.
               
                KEHADIRAN

ü  Sila hadir 30 minit awal sebelum sesi MARA Assessment Centre (MAC)  bermula untuk urusan pendaftaran dan penyelarasan dokumentasi.
ü  Pemilihan tarikh adalah muktamad.
ü  Calon yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pihak MARA untuk urusan penempatan. ( Sila semak laman web MARA dari semasa ke semasa)
ü  Calon yang tidak menerima sebarang panggilan selepas 6 bulan dari tarikh temuduga diadakan, dengan itu dianggap tidak berjaya.
logoblog

Thanks for reading Semakan Panggilan Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 (MARA) di IKM Kuching

Previous
« Prev Post

4 comments:

Hasellusiby said...

20mohon tanya, borang berikut nak di ambil di mana:-

Cetak & Lengkapkan Borang (disertakan dalam lampiran)
i. Employment Application – 1 salinan
ii. Micro Teaching Form – 2 salinan
iii. Interview Form – 3 salinan

Anonymous said...

sy juga tak jumpa mana nk dptkn 3 borang tu.

Anonymous said...

buat semakan panggilan temuduga menggunakan internet explorer.lepas tu boleh download dokumen yang diperlukan. insya Allah

Anonymous said...

set induksi tu apa? leh bg idea sikit mcm mana nk sediakan set induksi?