Powered by Blogger.

Sunday, September 05, 2010

TWITTER - Laman Web Rangkaian Sosial

  NR       Sunday, September 05, 2010

Twitter ialah perkhidmatan rangkaian sosial dan micro-blogging yang membolehkan pengguna meghantar dan membaca mesej yang dipanggil tweet, iaitu pesanan teks selebih-lebihnya 140 aksara yang dipaparkan dalam halaman profil penulisnya dan diutuskan kepada para pelanggan penulis yang dikenali sebagai "pengikut" (follower). Penghantar boleh mengehadkan utusan kepada lingkungan kawan-kawannya, ataupun membenarkan capaian terbuka kepada semua pengguna web. Pengguna boleh menghantar dan menerima tweet melalui laman web Twitter, SMS atau mana-mana aplikasi luaran. Sungguhpun perkhidmatan Twitter sendiri adalah percuma, namun penggunaaannya melalui SMS boleh dikenakan yuran telekom.
Asalnya, had kepanjangan mesej 140 aksara ditetapkan agar serasi dengan penghantaran SMS, justeru menimbulkan kehadiran bermacam-macam bentuk trengkas dan slanga yang digunakan dalam SMS, di dalam Internet. Had 140 aksara ini juga melahirkan penggunaan khidmat-khidmat peringkasan URL seperti tinyurl, bit.ly dan tr.im, dan juga khidmat pengehosan kandungan seperti Twitpic dan NotePub untuk menampung kandungan multimedia dan teks yang mencecah 140 aksara.
Semenjak dilahirkan pada tahun 2006 oleh Jack Dorsey, Twitter makin hari makin laris digunakan dan tinggi pentingnya bagi para pengguna Internet. Adakalanya, Twitter disifatkan sebagai "SMS untuk Internet"[3] kerana penggunaan antara muka pengaturcaraan aplikasi Twitter bagi menghantar dan menerima pesanan teks ringkas oleh aplikasi lain sering menyelubungi penggunaan Twitter secara terus.
Apa yang perlu kami lakukan adalah menyampaikan maklumat paling relevan yang terbaik dan paling terkini sebaik boleh. Kami berasa bahawa Twitter bukan rangkaian sosial, sebaliknya merupakan rangkaian maklumat yang menerangkan orang ramai hal-ehwal sedunia yang kita prihatini.
Twitter merupakan salah satu daripada 50 laman web paling popular di seluruh dunia, mengikut analisa trafik web Alexa.[5] Biaprun anggaran bilangan pengguna harian berbeza-beza kerana pihak syarikat Twitter tidak mengeluarkan bilangan akaun yang aktif, namun satu masukan blog Compete.com pada bulan Februari 2009 meletakkan Twitter sebagai rangkaian sosial ketiga paling banyak digunakan[6] berdasarkan kiraan 6 juta pengunjung bulanan unik dan 55 juta kunjungan sebulan.[6] Pada Mac 2009, sebuah blog Nielsen.com meletakkan Twitter sebagai laman paling pesat membangun dalam kategori "Member Communities" pada Februari 2009. Twitter mencatat perrtumbuhan bulanan sebanyak 1,382%, diikuti Zimbio (240%), dan Facebook (228%).[7] Walaupun demikian, hanya 40 % pengguna Twitter mampu dikekalkan.[8]
logoblog

Thanks for reading TWITTER - Laman Web Rangkaian Sosial

Previous
« Prev Post

No comments: