Powered by Blogger.

Thursday, June 23, 2011

Seramai 500 warga pendidik sekitar Bintulu gotong royong bersih Bintulu promenade

  NR       Thursday, June 23, 2011
Seramai 500 warga pendidik sekitar Bintulu gotong royong bersih Bintulu promenade
Lebih daripada 500 warga pendidik dari seluruh Bahagian Bintulu terlibat dalam ‘Gotong-Royong’ membersih sampah sarap dan sisa buangan dari Bintulu Promenade hari ini.
Turut sama dalam kerja gotong-royong tersebut ialah Pengetua (10 orang), Guru Besar (52 orang) dan selebihnya guru sekolah rendah dan menengah dari daerah Tatau, Sebauh dan Bintulu.
Pegawai pendidikan daerah Sebauh, Encik Tero Bayol berkata ini merupakan antara usaha warga pendidik yang patut diteladani oleh para pelajar.
“Guru bukan sahaja mengajar anda di kelas dan sekolah, tapi turut terlibat sama dalam usaha untuk menerap nilai murni terutama dalam penjagaan kebersihan – baik di rumah mahupun tempat awam seperti Bintulu Promenade,” katanya.
Encik Tan Kuang Tuang, pegawai pendidikan daerah Bintulu pula berharap para pengunjung kawasan tersebut yang rata-ratanya pelajar sekolah, remaja lepasan sekolah selepas ini patut turut sama dalam menjaga kebersihan Promenade tersebut.
“Selain itu gotong-royong ini juga usaha bersama pejabat pendidikan daerah di seluruh Bahagian Bintulu dalam merealisasikan tema hari guru tahun 2011 “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara,” kata encik Tan.
Selain guru kelab Interact, (kelab remaja Rotary) juga turut sama dalam gotong-royong tersebut.
Mereka membersihkan kawasan letak kereta dan mengumpul bahan buangan yang boleh dikitar semula.
- Bintulu.org
logoblog

Thanks for reading Seramai 500 warga pendidik sekitar Bintulu gotong royong bersih Bintulu promenade

Previous
« Prev Post

No comments: