SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
A) PENAJAAN BIASISWA SLTP DI DALAM NEGARA
i) Tawaran hanya sah kepada Warganegara Malaysia sahaja ;
ii) Telah mendapat tawaran untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Multimedia (MMU) atau Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) ;
iii) Sekurang-kurangnya mempunyai baki pengajian 2 tahun dan ke atas ;
iv) Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 01 Januari 2011 ;
v) Mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.75 dan ke atas pada semester terkini atau di peringkat Diploma/Matrikulasi/Asasi/STPM ;
vi) Belum mendapat penajaan biasiswa/pinjaman dari mana-mana penaja lain ;
vii) Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM ;
viii) Mendapat sekurang-kurangnya Band 3 dalam peperiksaan MUET ;
ix) Aktif dalam kegiatan kokurikulum serta aktiviti kemasyarakatan; dan
x) Mempunyai minat dan kecenderungan untuk berkhidmat sebagai pendidik.
B) PENAJAAN BIASISWA SLTP DI LUAR NEGARA
i) Tawaran hanya sah kepada Warganegara Malaysia sahaja ;
ii) Berumur tidak melebihi 22 tahun pada 01 Januari 2011 ;
iii) Memperolehi Diploma dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.5 dan ke atas daripada Politeknik atau Institusi Pengajian Tinggi Tempatan dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan kursus-kursus yang ditawarkan ;
iv) Belum mendapat penajaan biasiswa/pinjaman dari mana-mana penaja lain ;
v) Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM ;
vi) Aktif dalam kegiatan kokurikulum serta aktiviti kemasyarakatan ;
vii) Mempunyai minat dan kecenderungan untuk berkhidmat sebagai pendidik; dan
viii) Lulus ujian Bahasa Inggeris dengan skor minimum sama ada TOEFL 600 (Paper-Based), 240 (Computer-Based) atau 94 (Internet-Based), atau IELTS 6.5. Syarat ini adalah untuk kemasukan ke semua universiti luar negara termasuk universiti yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar (Ujian boleh diambil selepas calon disahkan berjaya dalam proses pemilihan).
Permohonan secara online akan dibuka mulai 4 Jun 2011 dan tarikh tutuppermohonan adalah pada 4 Julai 2011 (jam 12 tengah malam).
maklumat lanjut klik sini
No comments:
Post a Comment