Obi Uzoma, 28; Nwabudike Emmanual Chukwuma, 28, dan Azlinda Hussain, 38, didakwa bersama-bersama dua lagi yang masih bebas melakukan kesalahan itu di Public Bank cawangan Masjid Tanah dan CIMB Bank cawangan Masjid Tanah dekat sini pada 29 Jun lalu.Mereka dituduh menipu Mashitoh Hassan, 36, dengan menawarkan kertas hitam yang boleh ditukar kepada wang dolar Amerika Syarikat dengan cara menggunakan sejenis cecair kimia sehingga Mashitoh percaya dan mendorong beliau memasukkan wang berjumlah RM53,600 ke akaun CIMB Bank dan RM93,000 ke akaun Public Bank milik Azlinda bagi membeli cecair kimia itu.Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan maksimum 10 tahun serta sebatan dan boleh juga dikenakan denda.
Kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Dua warga negara Nigeria itu memasuki negara ini menggunakan pas pelajar sejak tiga tahun lalu manakala Azlinda dari Bandar Baru Bangi adalah kerani di sebuah kedai tayar.
Hakim Zaharah Hussain menetapkan 6 Oktober ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Azlinda diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan dua orang penjamin serta melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap bulan.
Beliau tidak membenarkan dua warga Nigeria itu diikat jamin selepas mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat, yang bimbang mereka akan melarikan diri dari Malaysia. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment