Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran melalui satu kenyataan media memberitahu, seramai 497,691 calon telah mendaftar untuk menduduki ujian itu.
“Pada tahun ini seramai 497,691 calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut Lembaga Peperiksaan, peperiksaan bertulis UPSR pada tahun ini melibatkan seramai 48,560 petugas peperiksaan.
Justeru, kata kenyataan itu, semua calon diminta merujuk kepada Jadual Waktu Peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan.
Jelas kenyataan itu, rujukan itu juga bertujuan supaya semua calon memahami arahan serta amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan itu berlangsung. – mynewshub.my

No comments:
Post a Comment