KUCHING, 29 Sep 2011:
Saudara-mara seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun membuat laporan
polis Selasa lalu dengan mendakwa seorang guru agama di sekolahnya mempunyai
niat untuk mencabul kanak-kanak tersebut.
Ibu saudara
kanak-kanak itu memberitahu pemberita, insiden berkenaan berlaku di sekolahnya
di Semariang sekitar jam 5 petang selepas tamat kelas agama.
“Anak saudara
saya sedang menunggu ibunya keseorangan apabila guru terbabit yang dipercayai
dalam lingkungan umur 20-an membawanya ke sebuah bilik dengan alasan untuk
mengajarnya bagaimana untuk mengambil air sembahyang,” katanya.
Tambahnya,
guru itu asyik cuba memujuk anak saudaranya itu memasuki sebuah bilik gelap
tetapi enggan dan mula menangis sebelum lari dan kemudian memberitahu ibunya
mengenai insiden itu.
“Saya percaya,
guru itu mempunyai niat yang tidak baik terhadap anak saudara saya kerana dia
tidak ada sebab untuk membawanya ke dalam bilik itu seorang diri.
“Dia kononnya,
mahu menunjukkan cara mengambil air sembahyang tetapi kenapakah dia mahu
berbuat demikian seorang diri dan tidak semasa kelas bersama murid lain?”
tanyanya kehairanan.
Dia juga
berkata, dia cuba menghubungi ustaz berkenaan yang mengajar di sekolah terbabit
sebagai guru sandaran – tetapi tidak dapat dihubungi.
Selain itu,
ibu saudaranya mendakwa beberapa orang guru dari sekolah yang sama diketuai
guru disiplin datang ke rumahnya petang hari yang sama untuk membincangkan
perkara itu.
Bagaimanapun,
suaminya yang bekerja di Jabatan Pendidikan Negeri menolak usaha mereka dan
menasihati isterinya untuk membuat laporan polis.
Keluarga saya
berasakan ia adalah demi kebaikan anak saudara kami yang dibesarkan oleh
seorang ibu tunggal, untuk melaporkan perkara itu kepada polis sebagai langkah
berjaga-jaga untuk melindungi kaum hawa daripada guru-guru yang berniat jahat,”
tambahnya.
- UB
No comments:
Post a Comment