
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, antara faktor yang menyebabkan kurangnya pelajar luar bandar memasuki IPT ialah mereka tidak sedar akan manfaat yang diperoleh.
"Justeru, kerajaan akan memperbanyakkan program bagi menarik golongan pelajar di luar bandar agar mereka lebih berminat untuk melanjutkan pelajaran ke IPT sama ada swasta mahupun kerajaan," katanya berucap merasmikan
Program Selangkah Ke Universiti di Universiti Curtin Sarawak Malaysia (Curtin Sarawak) di Senadin di sini, kelmarin.
Teks beliau dibacakan oleh Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang.
Fah Kui yang juga Ahli Parlimen Miri berkata, pendidikan merupakan teras utama dalam memastikan negara mampu bersaing dengan negara luar selain membina masyarakat1Malaysia yang berilmu dan mapan.
Justeru, beliau memuji inisiatif yang diambil oleh Kementeri Pelajaran Tinggi serta Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang melancarkan Program Selangkah ke Universiti tersebut.
"Program seumpama ini dapat memberi motivasi kepada pelajar khususnya dari luar bandar untuk belajar bersungguh-sungguh dan melanjutkan pelajaran ke universiti.
- Utusan
No comments:
Post a Comment