KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi sedang merangka program untuk menarik lebih ramai lelaki meneruskan pengajian di universiti bagi merapatkan jurang penuntut lelaki dan perempuan yang kini pada nisbah 30:70. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata program yang diusahakan dengan kerjasama beberapa universiti tempatan itu akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Beliau juga berkata, situasi itu bagaimanapun bukan suatu yang membimbangkan.
"Fenomena ini bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi seperti yang saya katakan perkara ini adalah sesuatu yang harus diberi perhatian oleh semua pihak," katanya yang ditemui selepas melancarkan buku 'Historical Fact and Fiction' karya ahli falsafah tanah air Tan Sri Profesor Syed Muhammad Naquib Al Attas.
Selain itu, Mohamed Khaled berkata, pihaknya juga sedang merangka program bagi menarik minat pelajar terhadap pelajaran sains dan matematik yang dijangka dilancarkan sebelum akhir tahun ini.
"Ini dalam bentuk program yang boleh menarik minat pelajar, bukan dalam bentuk kursus, jadi ianya akan jadi lain daripada apa yang diajar guru," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment