SIBU: Kira-kira 1,000 guru beragama Islam dari Pejabat Daerah Sibu, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan, Jabatan Agama Islam sarawak (JAIS), Sedidik, Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) dan Institusi Perguruan (IPG) Rejang menyambut ketibaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Maha-thir Mohamad sempena lawatan beliau ke sini semalam.
Turut mengiringi lawatan beliau ke sini ialah Menteri Kewangan Kedua, Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Muda Kemajuan Tanah Da-tuk Abdul Wahab Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee dan Pengerusi Penganjur Malsiah Jamal.
Pada sebelah tengah hari, Dr Mahathir mengadakan pertemuan dengan 1,000 guru Islam daripada beberapa ja-batan dan agensi terma- suk Jabatan Pelajaran dan Jabatan Kemajuan Masya-rakat (JKM).
Perjumpaan tertutup itu dianjurkan Persatuah Graduan Bumiputera Sibu (PGBS).
Sementara, pada sebelah malam pula Dr Mahathir akan menghadiri majlis makan malam bersama penduduk tempatan sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
- Utusan Borneo
No comments:
Post a Comment