SARIKEI: Kesatuan Guru Sarawak (STU) menyokong sepenuhnya Belanjawan 2012 yang dibentangkan baru-baru ini.

“Pendekatan ini akan meringankan beban ibu bapa pelajar di samping memudahkan urusan yang dijalankan oleh pihak sekolah pada musim permulaan sesi persekolahan pada awal tahun.
“Kita juga berharap kementerian dapat menyalurkan segala bentuk kemudahan dan peruntukan yang diperlukan oleh pihak sekolah sebelum 3 Januari 2012 iaitu tarikh sesi sekolah bermula kerana ini memudahkan setiap perkara yang telah dirancang berjalan lancar mengikut jadual yang diatur,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama pemberita di sebuah hotel dekat sini, baru-baru ini.
Menurutnya, STU selama ini telah membangkitkan agar bahasa Inggeris (BI) dijadikan mata pelajaran yang perlu dipandang serius pemakaiannya terutama di sekolah.
“Seperti yang kita tahu BI adalah bahasa utama dunia dan jika kita inginkan pendidikan negara kita berada sama taraf dengan pendidikan profesional di negara maju yang lain, maka kepentingan BI harus dipertimbangkan oleh pihak kementerian agar dipergiatkan dengan lebih serius lagi di semua peringkat sekolah,” ujarnya.
Tambahnya, STU mahu golongan guru mendaftar menjadi ahli bukan sebagai menambah koleksi atau jumlah keahlian berdaftar dengan kesatuan untuk menjadi satu kesatuan yang kuat dari segi jumlah ahlinya, tetapi apa yang STU inginkan ialah para guru menikmati segala kemudahan yang dimiliki kesatuan.
“Banyak faedah yang diperolehi apabila seorang guru itu mendaftar menjadi ahli kesatuan dan jumlah yuran yang kami kenakan kepada ahli juga berbaloi, sebagai contohnya untuk insurans ahli kami hanya kenakan bayaran RM4.50 sebulan dan faedahnya ialah apabila ahli ditimpa musibah seperti kematian biasa mereka akan mendapat insurans sekitar RM10,000 manakala jika ahli itu mati sakit atau kemalangan mereka akan memperolehi kadar insurans sekali ganda daripada jumlah terbabit.
“Ini menunjukkan bahawa kebajikan mereka terjamin dan terpelihara jika menjadi ahli kesatuan ini kerana semua perkara menjadi inti pati perjuangan dalam kesatuan, kerana kami mahu hak ahli terpelihara dan mendapat apa yang sepatutnya menjadi milik mereka,” kata Ghani.
- UB
No comments:
Post a Comment