Powered by Blogger.

Friday, October 21, 2011

Lelaki Rogol Sepupu 17 Tahun Yang Sedang Mengandung 4 Bulan

  NR       Friday, October 21, 2011

BETONG: Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki merogol sepupunya sendiri yang sedang mengandung empat bulan di kediaman suspek di Spaoh, jam 10 pagi, Selasa lalu.
Sebelum kejadian, mangsa yang berusia 17 tahun dan telah berkahwin dipercayai pergi ke rumah sepupunya itu untuk meminjam cakera video digital (DVD).
Sebaik tiba di rumah itu, suspek yang bekerja sebagai pemandu lori mengunci kesemua pintu kediamannya lalu menarik mangsa ke sebuah bilik dan merogolnya.
Kemudian mangsa bergegas kembali ke rumah lalu memaklumkan perkara tersebut kepada keluarganya sebelum membuat laporan polis.
Pemangku Ketua Polis Daerah Betong Asisten Superintenden Hendry Nyuhai berkata, bertindak hasil laporan tersebut, polis melancarkan gerakan menangkap lelaki tersebut.
Bagaimanapun, suspek yang berusia 26 tahun itu telah pergi bekerja dan menghantar barang ke Sarikei, ujarnya.
“Jam 8 malam hari yang sama, suspek berjaya ditahan di pekan Spaoh ketika sedang menunggang motosikal,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi, semalam.
Beliau memberitahu suspek ditahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan ditahan reman mulai semalam selama tujuh hari sebelum didakwa di mahkmah.
Dalam perkembangan berasingan, Nyuhai memberitahu polis telah berjaya menahan seorang lelaki dipercayai teman lelaki kepada seorang pelajar yang bertindak kejam membunuh bayinya yang baru dilahirkan di sebuah di bilik asrama perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Layar, Isnin lalu.
Beliau berkata, lelaki tersebut ditahan di kediamannya di Rumah Muman, Ulu Layar, jam 5 petang. Suspek ditahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, pihak polis terpaksa menyewa bot penduduk kampung dan menyusuri sungai selama lima jam untuk ke rumah panjang berkenaan bagi menangkap suspek.
Suspek ditahan reman sehingga 26 Oktober ini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan, katanya.
Dalam kejadian Isnin lalu, bayi perempuan yang cukup sifat ditemui mati dengan lehernya dikelar manakala perutnya terburai dipercayai ditikam dengan pisau di bilik asrama perempuan di sekolah berkenaan.
- UB
logoblog

Thanks for reading Lelaki Rogol Sepupu 17 Tahun Yang Sedang Mengandung 4 Bulan

Previous
« Prev Post

No comments: