Powered by Blogger.

Saturday, October 08, 2011

Majlis Penyerahan Komputer 1Malaysia di ILP Miri

  NR       Saturday, October 08, 2011

Penerima komputer riba 1Malaysia harus memanfaatkan untuk memperkasakan ilmu ICT
MIRI: Penerima komputer riba 1Malaysia harus memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan jalur lebar yang disediakan untuk memperkasakan ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin berkata, pengagihan komputer percuma itu antara cara kerajaan menggalakkan masyarakat melayari Internet dengan perkhidmatan jalur lebar yang disediakan.
“Menerusi inisiatif komputer 1Malaysia ini, kerajaan berharap pelajar akan menambah nilai ilmu pengetahuan mereka dan membantu melahirkan masyarakat berpendidikan dengan tahap literasi yang tinggi,” jelasnya.
Perkara tersebut dijelaskan dalam teks ucapan perasmian beliau pada majlis penyerahan komputer 1Malaysia di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri di sini kelmarin.
Chin diwakili oleh Setiausaha Politiknya Datuk Sebastian Ting yang membaca teks ucapannya.
Gesaan yang sama turut disampaikan kepada pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) agar mereka bijak menggunakan komputer berkenaan untuk tujuan menimba ilmu dan pembelajaran.
“Kerajaan sekarang giat mempromosikan program-program 1Malaysia yang me-libatkan rakyat Malaysia semua peringkat umur tanpa mengira kaum dan agama untuk menguatkan lagi perpaduan rakyat,” jelas Chin lanjut.
Pada majlis tersebut seramai 302 pelajar menerima komputer berkenaan sambil disaksikan oleh Pengarah ILP Donny Sadin Kachon serta Ketua Eksekutif Curtin Sara-wak Profesor Ian Kerr.
Kesemua penerima adalah daripada ILP, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Sekolah Menengah (SM) Pei Min, GIATMARA dan Universiti Teknologi Curtin (Curtin) Kampus Sarawak.
Pengagihan komputer 1Malaysia dikendalikan di bawah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk membantu pelajar mendapat komputer riba dan menggunakan perkhidmatan jalur lebar.

GUNAKAN SEBAIKNYA: Ting menyerahkan komputer 1Malaysia kepada pelajar Curtin sambil disaksikan oleh tetamu kehormat lain pada majlis di ILP.


Sehingga kini, sebanyak 6,080 komputer 1Malaysia sudah pun diagihkan untuk pelajar sekolah dan IPT di bahagian Miri dalam fasa ke-dua pengagihannya.
- UB
logoblog

Thanks for reading Majlis Penyerahan Komputer 1Malaysia di ILP Miri

Previous
« Prev Post

No comments: