Powered by Blogger.

Thursday, October 06, 2011

Sharifah Hanim gigih hadapi PMR walau Patah Kaki

  NR       Thursday, October 06, 2011

NURUL Huda Fitira Akimar (kanan) sempat mengusik kaki Sharifah Hanim Abd. Latif selepas menjalani pembedahan. Mereka berdua mengambil peperiksaan PMR di Hospital Melaka kerana keadaan kesihatan pada hari pertama peperiksaan PMR, semalam.


MELAKA 4 Okt. - Walaupun terlantar di hospital, ia tidak mematahkan semangat Sharifah Hanim Abdul Latif, 15, menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang berjalan secara serentak di seluruh negara bermula hari ini.

Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Haji Abdul Malek (STHAM) itu, dia dimasukkan ke Hospital Melaka sejak 21 September lalu selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya menyebabkan kaki kanannya patah.
"Selepas menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur Selasa lalu, saya terus ditempatkan di Hospital Melaka bagi menduduki PMR bermula hari ini sehingga 11 Oktober ini.

"Rasa bosan sebab tiada kawan-kawan, namun saya berharap dapat mencapai keputusan cemerlang walaupun terpaksa menjawab soalan di atas katil hospital," katanya ketika ditemui di Hospital Melaka di sini hari ini.

Sharifah Hanim adalah antara 15,226 pelajar di negeri ini yang menduduki PMR di 102 pusat peperiksaan bermula hari ini hingga 11 Oktober ini.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading Sharifah Hanim gigih hadapi PMR walau Patah Kaki

Previous
« Prev Post

No comments: