BEAUFORT 20 Okt. _ Berikutan kejayaan program pendidikan alam sekitar dan kebersihannya, Sekolah Kebangsaan (SK) Maraba akan menambah beberapa lagi program yang sama pada masa akan datang.
Guru Besarnya, Jaidin Tinbang berkata, kesinambungan program itu penting untuk memastikan warga sekolah berkenaan terus bergiat aktif dalam meningkatkan kebersihan kawasan sekolah.
''Sebagai contoh, baru-baru ini kita telah menjemput pihak Jawatankuasa Bertindak Alam Sekitar (EAC) datang ke sekolah untuk memberi ceramah mengenai pemuliharaan alam sekitar dan melaksanakan kempen kebersihan tandas.
''Program yang dilaksanakan oleh EAC sangat baik, interaktif dan lebih praktikal kerana semua pelajar terbabit dalam gerak kerja yang disediakan. Bagi kita program seperti ini akan dapat membuka minda kanak-kanak ini terhadap isu-isu alam sekitar yang berlaku di sekeliling mereka.
''Program tiga dalam satu ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada warga SK Maraba mengenai aspek kerjasama dalam menjaga kebersihan sekolah," katanya di sini baru-baru ini.
Kata Jaidin, seramai 107 pelajar menjayakan Kempen Kesedaran Alam Sekitar 2011 yang dikendalikan oleh lima ahli jawatankuasa EAC.
- utusan
No comments:
Post a Comment