SEBAHAGIAN pelajar SMK Pulau Gaya memindahkan barang-barang milik sekolah selepas dua buah bangunan sekolah musnah dalam kebakaran pada jam 7.15 malam, semalam. SMK Pulau Gaya mempunyai 23 kelas dengan 638 pelajar dan 49 guru yang bertugas di pulau ini. Foto: Bernama (30/09/2011)
KOTA KINABALU: Sesi pembelajaran seramai 210 pelajar Tingkatan Satu dan Dua di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Gaya, di sini terjejas apabila dua blok sekolah berkenaan musnah dalam kebakaran baru-baru ini.
KOTA KINABALU: Sesi pembelajaran seramai 210 pelajar Tingkatan Satu dan Dua di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Gaya, di sini terjejas apabila dua blok sekolah berkenaan musnah dalam kebakaran baru-baru ini.
Dalam kejadian
pada Khamis kira-kira jam 7 petang itu, dua blok yang menempatkan empat kelas
Tingkatan Satu, tiga kelas Tingkatan Dua selain dua bengkel dan stor
penyimpanan buku teks musnah terbakar.
Kejadian yang
dipercayai bermula daripada stor penyimpanan buku teks sekolah itu hanya
disedari penduduk apabila melihat api mula marak sebelum mereka mendapatkan
bantuan kecemasan.
Penolong
Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohamad Nor Amit berkata sebaik
menerima panggilan berhubung kebakaran itu, pihaknya menghantar 17 anggota
bomba ke lokasi berkenaan.
Bagaimanapun,
katanya, anggota bomba yang menggunakan bot laju hanya sampai ke sekolah
berkenaan pada kira-kira jam 9 malam.
“Kami
menghadapi kesukaran untuk membawa peralatan memadam kebakaran menyebabkan kami
lewat tiba di lokasi kejadian.
“Sebaik tiba
di lokasi itu, kebakaran sudah dapat dikawal dengan bantuan daripada pasukan
Polis Gerakan Marin (PGM),” katanya ketika dihubungi, di sini, kelmarin.
Mohamad Nor
berkata, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran yang dipercayai bermula
daripada stor penyimpanan buku teks sekolah berkenaan sebelum merebak ke kelas
lain dan menganggarkan kerugian berjumlah kira-kira RM300,000.
Difahamkan,
sesi persekolahan pelajar diteruskan seperti biasa dengan menempatkan pelajar
Tingkatan Satu dan Dua di dataran perhimpunan sekolah berkenaan.
- Bernama
- Bernama
No comments:
Post a Comment