Bagi mencapai matlamat itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Dr Amran Ahmed berkata UMS Link, cabang komersil dan perniagaan universiti itu sedang dalam proses membina sebuah pusat pendidikan antarabangsa berprestij di Alamesra dekat ini.
Pusat itu akan dikenali dengan nama UMS Link International Precinct.
Beliau berkata pusat itu akan memberi tumpuan khusus kepada pelajar antarabangsa, yang pembangunannya antara lain terdiri daripada sebuah hotel butik, apartmen servis dan pusat perubatan.
"Tidak lama lagi, pelajar antarabangsa kami akan dapat menikmati pelbagai kemudahan pembelajaran kondusif dalam satu pusat sepadu, dan dekat dengan kemudahan-kemudahan awam yang terdapat dalam kawasan bangunan," katanya.
Dr Amran berkata demikian dalam ucapan sempena hari pendaftaran Program Asasi Pelajar Antarabangsa (ISFP) 2011 Selasa.
Katanya ISFP merupakan kursus persediaan bagi pelajar antarabangsa yang dikendalikan UMS Link Centre for Professional Development, dan menurutnya kursus itu adalah prasyarat kelayakan sebelum diterima masuk ke pelbagai program ijazah di UMS.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment