SUBANG JAYA – Halal Industry Development Corporation (HDC) memeterai memorandum persetujuan dengan Universiti Taylor di sini semalam, untuk memperkenalkan kursus halal kepada pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin berkata, ini merupakan kali pertama pihaknya bekerjasama dengan sebuah IPTS untuk menyediakan latihan berkaitan industri halal.
“Sebelum ini, HDC telah bekerjasama dengan beberapa buah institusi pengajian tinggi awam tempatan seperti Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia.
“Kami juga sedang berbincang dengan sekurang-kurangnya dua buah universiti dari luar negara untuk menyediakan latihan yang sama,” katanya pada majlis memeterai persetujuan usaha sama kedua-dua pihak mengenai kursus itu di sini semalam.
- Kosmo
No comments:
Post a Comment