
Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahalan berkata, mereka yang berumur antara 17 dan 30 tahun itu ditahan dalam serbuan pada pukul 9 malam hasil maklumat orang awam.
Antara yang ditahan ialah 39 pelajar sekolah berusia 17 tahun yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia minggu depan dan beberapa orang penjawat awam, katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati satu upacara angkat sumpah turut diadakan di rumah rehat itu.
Shukri berkata, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung untuk siasatan. — Bernama
No comments:
Post a Comment