Peserta paling muda program berkenaan, Mohd. Lokman Jaafar, 5, berkata, tidak timbul perasaan takut atau gementar untuk berkhatan bersama-sama peserta lain.
"Saya merasa teruja untuk berkhatan biarpun ia merupakan cadangan daripada ayah yang mahu saya berkhatan awal.
"Malah, saya juga dijanjikan oleh ayah untuk dibelikan alat permainan sekiranya bersetuju untuk menyertai program ini," katanya yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.
Sementara itu, pasangan kembar dari Sungai Besi, di sini, Muhammad Akif Fahmi Atan dan adiknya Muhammad Arif, 10, mengakui mereka berasa sedikit gementar untuk berkhatan menggunakan kaedah Smart Klamp itu.
"Perasaan takut memang ada tetapi apabila melihat kawan-kawan lain, ia sedikit hilang," kata mereka.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd. Ansarullah Hashim berkata, jumlah peserta meningkat dari setahun ke setahun sejak program itu diadakan.
"Selain musim cuti persekolahan, program ini menggunakan kaedah terkini yang lebih cepat dan mudah," ujarnya.
Program tahunan yang diadakan sejak 1993 itu mendapat kerjasama Wawasan Medik Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment