Powered by Blogger.

Tuesday, November 29, 2011

400 Pelajar IPT Sertai Larian Hijau 2011 Ala "Amazing Race"

  NR       Tuesday, November 29, 2011


MELAKA 24 Nov. - Seramai 400 pelajar daripada institusi pengajian tinggi (IPT) akan menyertai perlumbaan berbentuk ala Amazing Race iaitu Larian Hijau 2011 di Dataran Presiden Universiti Multimedia (MMU) Melaka, esok.

Presiden MMU, Prof. Datuk Muhamad Rasat Muhamad berkata, acara yang bermula pukul 7.30 pagi itu memerlukan peserta melalui perjalanan sejauh 3.5 kilometer dan berakhir di Dataran Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM).

Menurutnya, sepanjang perlumbaan itu, peserta perlu menyelesaikan beberapa petunjuk berkaitan 'bumi hijau' hingga ke garisan penamat.

''Program ini diadakan bertujuan memupuk kesedaran di kalangan pelajar IPT seluruh negara mengenai pentingnya melindungi alam sekitar, khususnya kefahaman terhadap bumi hijau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Larian itu anjuran Yayasan Universiti Multimedia dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UiTM).

Turut memberi kerjasama adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MICoST) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Muhamad Rasat berkata, perlumbaan yang dianjurkan itu secara tidak langsung akan membolehkan pelajar IPT dapat memahami konsep bumi hijau, tetapi yang lebih penting ialah tanggungjawab memastikan kelestarian alam sekitar dan sumber-sumber alam yang lain.

Ujarnya, larian tersebut akan dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang akan turut menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Perlumbaan itu katanya turut menawarkan pelbagai hadiah menarik, antaranya ialah iPad, komputer riba, telefon bimbit dan baucar beli- belah sumbangan Telekom Malaysia Berhad, kerajaan negeri, Kumpulan Berjaya dan Yayasan Pelajaran Johor.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading 400 Pelajar IPT Sertai Larian Hijau 2011 Ala "Amazing Race"

Previous
« Prev Post

No comments: