Powered by Blogger.

Monday, November 14, 2011

4,000 Pelajar Bantu Kaji Selidik AUKU

  NR       Monday, November 14, 2011

JOHOR BAHRU - Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) akan menjalankan kaji selidik terhadap 4,000 pelajar mewakili 20 buah universiti tempatan bagi mendapatkan pandangan majoriti golongan mahasiswa mengenai kewajaran memansuhkan Seksyen 15 dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.
Pengerusi MPPK, Wan Ahmad Hazman Wan Daud berkata, kaji selidik tersebut akan dijalankan dalam tempoh dua minggu lagi selepas pihaknya mendapatkan pandangan dan perbincangan daripada pelbagai pihak termasuk pengurusan universiti.
"Hasil kajian itu akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Kami berharap hasil kaji selidik ini akan memberikan gambaran sebenar pandangan dan keinginan mahasiswa tentang isu pembabitan mereka dalam politik," katanya pada sidang akhbar sempena Konvensyen Pemimpin Pelajar IPT 2011 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini semalam.
Majlis penutup konvensyen itu dilakukan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan dihadiri Naib Canselor UTM, Datuk Dr. Ir. Zaini Ujang.
- Kosmo
logoblog

Thanks for reading 4,000 Pelajar Bantu Kaji Selidik AUKU

Previous
« Prev Post

No comments: