Powered by Blogger.

Sunday, November 13, 2011

8,000 Siswazah SL1M Mula Kerja Hujung Tahun 2013

  NR       Sunday, November 13, 2011

TASEK GELUGOR 13 Nov. — Kumpulan pertama siswazah menganggur seramai 8,000 orang yang menyertai Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) akan memulakan kerjaya mereka hujung tahun 2013, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata, 5,000 siswazah berkenaan telah memulakan latihan di bawah skim itu di beberapa buah syarikat sejak Julai manakala 3,000 lagi pada September lepas.

"Mereka merupakan sebahagian daripada ribuan lepasan universiti yang masih belum mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian,” katanya kepada pemberita selepas majlis Tautan Kasih Ibu Tunggal Parlimen Tasek Gelugor di sini hari ini.

Nor Mohamed, yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor berkata, setiap tahun kira-kira 90,000 mahasiswa tamat pengajian di universiti dan 70,000 daripada mereka berjaya mendapat kerja enam bulan selepas itu.

Bagaimanapun, 20,000 lagi gagal mendapat kerja selepas tempoh sama disebabkan kekurangan daripada beberapa aspek termasuk tiada kemahiran berkomunikasi dan tiada keyakinan. — Bernama
logoblog

Thanks for reading 8,000 Siswazah SL1M Mula Kerja Hujung Tahun 2013

Previous
« Prev Post

No comments: