Powered by Blogger.

Saturday, November 19, 2011

Anak Bantu Ibu Jual Kuih di Tepi Jalan Dapat 5A

  NR       Saturday, November 19, 2011

Mohd. Wazir Omar (kanan) dan isterinya, Azizah Karthi bersama anak mereka, Muhamad Al Husna yang berjaya mendapat 5A dalam keputusan UPSR 2011 di Teluk Intan, Perak, kelmarin.


TELUK INTAN 18 Nov. - Hampir setiap hari, Muhamad Al Husna Mohd. Wazir, 12, terpaksa bersengkang mata membantu ibunya, Azizah Karthi, 32, membuat kuih-muih yang menjadi punca rezeki keluarganya.

Ketika ramai rakannya menggunakan banyak masa terluang selepas waktu persekolahan untuk menghadiri kelas tuisyen atau bermain, Muhammad Al Husna pula membantu ibunya menjual kuih di tepi jalan di Kampung Bahagia di sini.

Masa yang cukup terbatas untuk mengulangkaji pelajaran ternyata bukan penghalang untuk murid Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia itu mencatat keputusan cemerlang dengan mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011.

Bagi Muhamad Al Husna, pengorbanan kedua ibu dan bapanya, Mohd. Wazir Omar, 42, bertungkus-lumus membesarkan dia empat beradik memberi inspirasi kepadanya untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam pelajaran.

"Saya kasihan melihat ayah dan emak membuat kuih sampai lewat malam setiap hari dan tak tergamak biar mereka buat sendiri, jadi saya membantu seboleh yang mungkin.

"Kejayaan ini adalah hadiah untuk emak dan ayah yang memberi kekuatan kepada saya selama ini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di kampung tersebut semalam.

Muhamad Al Husna memberitahu, menyedari masa untuk menelaah pelajaran sangat terbatas, dia menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran di kelas selain 'mencuri' masa terluang ketika membantu keluarganya menjual kuih.

Katanya, walaupun sering tidak cukup tidur membantu ibu membuat kuih, dia berasa sangat puas kerana pengorbanannya selama ini ternyata tidak sia-sia.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading Anak Bantu Ibu Jual Kuih di Tepi Jalan Dapat 5A

Previous
« Prev Post

No comments: