SIBU 28 Okt. - Beberapa sekolah di kawasan Parlimen Selangau perlu perhatian serta tindakan segera oleh Kementerian Pelajaran ekoran keadaan bangunannya yang semakin teruk dan uzur.
Ahli Parlimen Selangau, Datuk Joseph Entulu Belaun (Gambar) berkata, tiga sekolah masing-masing di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin dan Kakus telah dikenalpasti bangunan sekolahnya sudah semakin teruk.
''Tiga sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Kua, SK Nanga Selangau dan SK St Mark Nanga Tamin.
''Sementara itu, sebuah sekolah adalah SK Kuala Peyarai di DUN Kakus dan kita sedang mengenal pasti dua buah sekolah lagi yang perlu diberi perhatian yang sama," katanya di sini, hari ini.
Entulu yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebelum itu telah diminta mengulas kejadian bahagian belakang sebuah kuarters guru di SK Nanga Kua yang runtuh pada malam Isnin lalu.
Utusan Malaysia Online: 29 Oktober 2011
No comments:
Post a Comment