MELAKA: Seorang bekas ustazah dicekup berkhalwat oleh sepasukan
penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bersama teman lelakinya di
sebuah bilik hotel bajet di Jalan Tun Ali, di sini, awal pagi, semalam.
Dalam kejadian
jam 1 pagi itu, Jaim menunggu 15 minit sebelum pintu bilik hotel berkenaan
dibuka lelaki berusia 36 tahun terbabit.
Ketika pemeriksaan, bekas guru agama berusia 24 tahun yang berasal dari Johor itu ditemui lengkap bertudung labuh dan jubah duduk di katil, manakala teman lelakinya iaitu seorang peniaga berbaju kemeja, seluar panjang dan berkopiah.
Lelaki berstatus duda tanpa anak itu berasal dari Pahang turut
berperwatakan sebagai lelaki warak dengan berjanggut.
Soal siasat pegawai Jaim turut mendapati wanita berkenaan seorang hafizah yang
menuntut di sebuah pusat tahfiz di selatan tanah air sebelum bergelar ustazah.
Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata ketika ditahan
kedua-dua pasangan terbabit mendiamkan diri.
Katanya,
apabila keluarga wanita itu dihubungi pihaknya bagi memaklumkan mengenai
tangkapan itu, Jaim mendapat maklumat mengejutkan apabila diberitahu tujuannya
anaknya datang ke sini untuk menziarahi neneknya.
“Mereka tiba di negeri ini dengan menaiki bas pada lewat petang semalam
(kelmarin) sebelum bermalam di hotel berkenaan,” katanya, di sini, semalam.
Pasangan
terbabit antara tiga pasangan yang dicekup dalam operasi bersepadu membabitkan
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), polis, Jabatan Imigresen, Agensi
Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan
Melaka Invest.
Operasi selama enam jam bermula 11 malam itu disertai 50 pegawai dan anggota
daripada agensi kerajaan berkenaan dengan memeriksa menyerbu tiga lokasi di
Sungai Melaka, Jalan Tun Ali dan Taman Melaka Raya.
Rahimin berkata, pasangan terbabit ditahan untuk diambil keterangan lanjut dan
wanita itu sudah dijamin keluarganya tengah hari, semalam, dan lelaki terbabit
masih menunggu warisnya sehingga petang.
Sementara itu, katanya, dalam tangkapan di hotel bajet sama, dua lagi pasangan
berusia 25 dan 51 tahun dicekup kerana berkhalwat.
Katanya, pasangan membabitkan lelaki berusia 51 tahun dan pasangannya berusia
35 tahun yang juga ibu tunggal itu datang dari Johor untuk ke Kuala Lumpur,
singgah di negeri ini untuk bermalam sebelum meneruskan perjalanan.
“Pasangan berkenaan membawa dua sepupu perempuan kepada wanita berkenaan,
bagaimanapun lelaki terbabit tidur bersama temannya itu.
“Manakala, satu pasangan membabitkan lelaki berusia 29 tahun dan wanita 25
tahun ialah warga Indonesia yang bekerja secara sah di negeri ini, mendakwa
sudah berkahwin dengan dinikahkan oleh rakan mereka baru-baru ini.
“Dakwaan lelaki itu tidak dapat diterima kerana dia gagal membuktikan
pernikahan mereka,” katanya.
- myMetro
No comments:
Post a Comment