KUCHING: Beatrice mengenali warga Nigeria melalui Facebook sebelum
menjadi ‘keldai dadah’.
Bapa mangsa ‘keldai dadah,’ Beatrice Laus menyalah-kan laman
sosial yang mempertemukan anaknya dengan warga asing yang telah
memperguna-kannya sehingga ditahan di Melbourne, Australia.
Laus Johie, 49, ketika ditemui di kediamannya di sini semalam
berkata, beliau percaya anaknya telah berkawan dengan seorang lelaki
warganegara Nigeria yang hanya dikenali sebagai ‘Anthony’ melalui Facebook
sebelum bersetuju untuk menjadi penghantar beg yang disyaki mengandungi dadah
dan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne, Ahad lepas.
“Ketika anak saya keluar dari rumah untuk kerja syif tengah hari,
3 November lalu dia turun kerja seperti biasa dan tidak berpesan apa-apa pun
kepada saya,” kata ibunya, Pauline Durid.
Pauline menambah, anak saudaranya yang bernama Madeline, 24, yang
tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur pernah beberapa kali menghubunginya dan
mengadu tentang Beatrice berkawan dengan lelaki terbabit.
Bagaimanapun, katanya, belum pun beliau sempat berbuat apa-apa,
beliau dimaklumkan bahawa Beatrice sudah ditahan di Australia.
“Waktu itu jam 3.45 tengah hari, saya dan bapanya ke rumah kakak
di Kampung Mundai atas urusan keluarga, bila menerima panggilan daripada Duta
Australia (Konsul Besar Malaysia di Melbourne) saya terus kelu tidak terkata, kecewa
rasanya,” katanya.
Menurut Pauline lagi, Beatrice, 27, merupakan seorang anak yang
bijak dan bekerja sebagai pembantu wad di sebuah hospital perubatan swasta di
sini.
Katanya, Beatrice dipercayai mengenali ‘Anthony’ yang berada di
Kuala Lumpur melalui Facebook.
Beatrice mempunyai tiga orang anak iaitu Ralph, 8, Constance, 6, dan
Adrian, 2. Adrian dan Ralph dijaga sepenuhnya oleh ibu bapa-nya di Kampung
Seratau, manakala Constance tinggal bersama bekas mentuanya.
Sementara itu, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga
Datuk Fatimah Abdullah berkata golongan wanita perlu menaruh ‘ele-men waswas’
terhadap kenalan yang mereka baharu kenali bagi mengelakkan diri menjadi
‘keldai dadah.’
Ia terutamanya kenalan baharu yang hanya dikenali dalam masa
tempoh terdekat sama ada melalui Internet, laman sosial atau sebagainya,
ujarnya.
Menurutnya, antara situasi yang sering berlaku dalam kes ‘keldai
dadah’ ialah mangsa sepatutnya membuat perjalanan bersama di kenalan terbabit,
tetapi tiba-tiba berlaku sebaliknya.
“Jadi, perkara sebegini seharusnya menjadi kesangsian kepada kita.
Sentiasa berikan ruang dalam diri kita elemen meragukan atau ikut naluri hati
kerana penghujungnya ia akan menyelamatkan kita,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan
Pejabat Wilayah Universiti Terbuka Wawasan (WOU) di sini, semalam.
Beliau menegaskan jika perkara sebegini disyaki berlaku ia harus
dielakkan dengan tidak memilih untuk meneruskan perjalanan atau membawa apa
sahaja barang yang diberikan.
“Pada penghujungnya nanti anda akan menanggung semuanya, tidak
kira kawan atau tidak kerana apa yang berlaku anda yang ditangkap kerana
membawa barangan berkenaan,” jelasnya.
Fatimah turut menasihatkan golongan wanita supaya tidak mudah
tergoda dengan tawaran lumayan baik dari segi jumlah atau apa sahaja bentuk.
Kata beliau, ia merupakan sesuatu yang ganjil jika ada individu
menjanjikan sesuatu yang kadang kala memerlukan usaha gigih untuk
mendapatkannya.
Sehubungan itu, kata Fatimah, ia seharusnya menjadi iktibar kerana
sudah banyak kali kes sedemikian berlaku, yang turut melibatkan individu
berpelajaran tinggi.
“Sekali lagi saya ingin menasihatkan khasnya wanita, simpan rasa
ragu-ragu atau sangsi terhadap mereka yang anda baru kenali,” kata Fatimah.
Bernama semalam dipetik sebagai berkata seorang wanita Malaysia
berasal dari Kuching dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melbourne semalam kerana
dituduh cuba menyeludup masuk 1.5 kilogram heroin menerusi Lapangan Terbang
Antarabangsa Melbourne pada Ahad lepas.
Beatrice Laus, 27, seorang jururawat, diperintah ditahan sehingga
sebutan semula kes pada 9 Jan tahun depan. Johie diberkas selepas
pegawai-pegawai kastam menemui serbuk disyaki heroin dalam lapisan beg yang
dibawanya dalam penerbangan dari Kuala Lumpur.
Konsul Besar Malaysia di Melbourne, Dr Mohd Rameez Yahaya,
memberitahu Bernama bahawa beliau telah menghubungi Johie dan diberitahu oleh
wanita itu bahawa dia tidak tahu menahu mengenai dadah yang terdapat dalam
begnya itu.
Katanya, Beatrice mendakwa kononnya dadah itu milik seorang
kenalan yang sepatutnya mengiringi beliau tetapi menarik diri di saat-saat
akhir dengan alasan dia menghadapi masalah visa.
- Utusan

1 comment:
entah...tak tau apa nak dikata lagi. nak kata kesian salah, nak kata padan muka pun salah. alamkedewasaan.blogspot.com mendapati bukan dia sorang jer yg kena, malah ramai lagi yng kena sebelum dia. dia ni dahla berpendidikan, takkan la takde dengar dalam berita atau terbaca kat suratkhabar. memang diaorg menjanjikan kehidupan mewah, kata2 manis, namun semua itu hanyalah sandiwara semata-mata untuk mengambil hati mangsa. saya berani bertaruh, potong kesepuluh jari dan batang kemaluan saya yang selepas ni ada lagi warganegara malaysia yang ditahan di negara luar kerana menjadi keldai dadah (dah nama pun keldai kan...bodoh nak mampusss....kenapa x namakan lembu dadah, boleh juga disembelih). untung juga mat gagak hitam ni, body dah dijamah (agaknya), korban keldai pun dapat. yang simangsa yang bodoh ni, apa dia dapat??? kesian anak2nya....kepada pembaca sekalian, TOLONGLAH ambil pengajaran. sebaik-baik orang asing, taklah sebaik orang sendiri.
Post a Comment