CHICAGO: Seorang guru
matematik yang mengaku melakukan onani dalam kelas sejak 10 tahun lalu bakal
didakwa di mahkamah selepas dia ditangkap ketika melakukan perbuatan itu di
sebuah sekolah Kristian, kata pendakwa semalam.
Paul LaDuke, 75, bertugas di Sekolah
Kristian Schaumburg sejak 26 tahun lalu sehinggalah Jumaat lalu apabila seorang
pelajar melihat telatahnya di sebalik podium digunakan guru sekolah berkenaan.
Jurucakap Pejabat Pendakwa
Daerah Cook berkata, pelajar terbabit kemudian melarikan diri untuk meminta
pertolongan.
“Ketika mengajar kelas
algebra pada jam 10 pagi, LaDuke memakai apron dan duduk di belakang podium
sambil melihat pelajarnya menyiapkan tugasan.
“Dia membuka seluar dan
mula melancap,” katanya.
Ketika itu ada 13 pelajar
dalam kelas LaDuke dan sembilan daripadanya berusia 16 tahun, manakala empat
lagi sekurang-kurangnya 17 tahun.
Selepas disoal siasat,
LaDuke membuat pengakuan bertulis bahawa dia melakukan perbuatan itu sejak 10
tahun lalu.
Pihak berkuasa berkata,
lelaki terbabit juga mengaku berfantasi mengenai pelajar perempuannya ketika
beronani.
Hakim membenarkan LaDuke
dibebaskan dengan ikat jamin RM12,000, tetapi pada masa sama melarangnya
berhubung dengan mana-mana pelajar atau kakitangan di sekolahnya. - AFP
No comments:
Post a Comment