Powered by Blogger.

Sunday, November 13, 2011

Guru Tak Perlu Risau Projek Perintis Sistem Bekerja 9 Jam Mulai Januari 2012

  NR       Sunday, November 13, 2011

ALOR SETAR, 12 Nov — Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong hari ini menasihatkan para guru agar tidak 'panik' dengan projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran.
Projek itu yang akan dilaksanakan mulai Januari tahun depan di empat negeri — Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak — berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.
Laporan media menyebut kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari depan.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baru itu akan dilaksanakan di empat negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak sebagai percubaan selama enam bulan.
Hashim menambah NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.
“Jadi saya rasa mungkin ada guru-guru yang khuatir kerana mereka merasakan tempoh sembilan jam waktu bekerja itu tidak mengambil kira waktu persediaan mengajar dan juga penglibatan dalam kokurikulum. Saya rasa semua itu akan diambil kira,” kata Wee dipetik Bernama Online hari ini.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Wisma NUTP Kedah di sini hari ini, Wee (gambar) berkata projek itu bagi melihat sama ada benar pendapat orang ramai bahawa tugas seorang guru itu sangat mudah.
“Saya harap semua guru di empat negeri tersebut tidak perlu risau kerana kita hanya membuat percubaan.
“Apabila projek rintis itu meyakinkan kita dan kita dapat membuat kesimpulan secara konkrit, barulah kita memperluaskannya ke semua sekolah di seluruh negara,” katanya.
“Jangan anggap itu (projek rintis) sebagai satu kata putus dari kementerian. Biar mereka lakukan dahulu dan melihat hasilnya,” kata Wee.
Hashim berkata NUTP menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.
Tempoh percubaan waktu bekerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.
Terdapat sekitar 400,000 guru di seluruh negara pada masa sekarang.
- The Malaysian Insider
logoblog

Thanks for reading Guru Tak Perlu Risau Projek Perintis Sistem Bekerja 9 Jam Mulai Januari 2012

Previous
« Prev Post

No comments: