
Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) William
Ghani Bina turut mencadangkan agar pihak sekolah diiringi polis apabila
mengeluarkan wang tersebut dari bank memandangkan ia melibatkan jumlah yang
besar.
Dalam kumpulan pertama katanya, terdapat 291
sekolah dari 16 Pejabat Pelajaran di Sarawak dijangka menerima wang bantuan ini
bermula esok (18 November) sehingga kesemua pelajar selesai menerima bantuan.
“Agak berbahaya mengeluarkan wang yang banyak
dari bank memandangkan mereka yang mengeluarkan wang tersebut mungkin menjadi
mangsa rompakan.
Oleh itu, mereka perlu diiringi oleh pihak polis
bagi tujuan keselamatan. “Ini bukan soal yang boleh dipandang ringan dan pihak
sekolah harus memastikan aspek keselamatan diberi perhatian bagi mengelakkan
sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” ujarnya ketika dihubungi, semalam.
Sebagai contoh menurut William, sebuah sekolah
yang mempunyai lebih 1,000 pelajar mungkin terpaksa mengeluarkan lebih
RM100,000 daripada bank. “Saya mencadangkan agar pihak sekolah menyimpan wang
tersebut di dalam bank bagi tujuan keselamatan.
“Jika sekolah dibuka tahun depan, pihak sekolah
boleh mengeluarkan semula wang tersebut untuk diagihkan kepada pelajar,” jelas
beliau.
Bagi sekolah yang tidak mempunyai Kumpulan Wang
Kerajaan (KWK), beliau mencadangkan sekolah terbabit membuka akaun bersama bagi
memudahkan Kementerian Pelajaran menyalurkan wang bantuan terbabit.
Ditanya mengenai kenyataan Timbalan Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin yang meningatkan Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) agar tidak memotong wang bantuan RM100 itu bagi kegunaan persatuan
atau sekolah, William turut menyatakan sokongan dengan kenyataan itu.
- UB
No comments:
Post a Comment