KUCHING: Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Limbang muncul sebagai sekolah rendah luar bandar kedua cemerlang dalam bidang kokurikulum peringkat kebangsaan.
Meskipun
tewas kepada SK Wawasan Negeri Sembilan namun kejayaan yang dicapai oleh calon
tunggal dari Sarawak ini cukup membanggakan.
Apatah lagi
ini adalah anugerah pertama seumpamanya berjaya dirangkul oleh sekolah luar
bandar ini dalam bidang kokurikulum di peringkat kebangsaan.
Guru
Besarnya Jaul Bunyau ketika ditemui semalam berkata, kejayaan di tempat kedua
bagi kategori Sekolah Cemerlang Kokurikulum Sekolah Rendah Luar Bandar
merupakan anugerah ke-81 yang dicapai oleh sekolah berkenaan.
Kejayaan ini
menurutnya adalah hasil kerjasama antara ibu bapa, murid, guru dan kakitangan
sekolah yang begitu erat serta tidak pernah luntur walaupun sedikit.
“Anugerah
ini merupakan satu lagi kejayaan yang berjaya dicapai oleh SK Ulu Lubai
meskipun hanya mampu berada di tangga kedua.
“Cabaran
memang banyak, namun saya percaya dengan adanya kerja-sama dan sokongan yang
kukuh an-tara ibu bapa, guru, murid dan kakitangan sekolah SK Ulu Lubai, kami
mampu menerpa meraih kecemerla-ngan,” katanya.
SK Ulu
Lubai mempunyai 33 murid bermula dari murid Tahun Satu hingga Tahun Enam dengan
bilangan tenaga pengajar seramai 12 orang.
Pernah
memenangi anugerah sekolah paling berpotensi, SK Ulu Lubai juga pernah
menyertai Pertandingan Penilaian Sekolah Antarabangsa (ICAS) anjuran salah
sebuah universiti di Australia.
Sementara
itu, calon Guru Cemerlang Sekolah Rendah dari Sarawak Hwong Ching Lieng yang
mengajar di SJKC Chung Hua Miri berjaya memenangi anguerah bagi kategori
tersebut.
Mempunyai
pengalaman mengajar selama 16 tahun, Hwong merupakan jurulatih bagi
Pertandingan Reka Cipta di Hanoi pada Disember 2010 dan berjaya merangkul emas.
Dalam pada
itu Wiwien Tasin daripada SK Pendidikan Khas (P) Samarahan memenangi tempat
ketiga bagi kategori Murid Cemerlang Pendidikan Khas Sekolah Rendah Perempuan
manakala SJKC Tung Hua Sibu, tempat kedua kategori Sekolah Cemerlang Sekolah
Rendah Bandar.
Bekas
Pengarah Pelajaran Sarawak Datu Dr Julaihi Bujang dalam pada itu dipilih
sebagai penerima Anugerah Juri manakala dua pelajar SMK Bintulu, Samuel Yang
Kai Ern Jacob dan Ling Xian Zhi menerima Anugerah Kementerian Pelajaran
Malaysia setelah merangkul emas dalam Pertandingan Robotik Dunia.
- UB
No comments:
Post a Comment