Dari Kiri, Wong Ding Miew (Guru), Marini, Marillenancy and Leonardas

Marilenancy Johnny yang berumur 12 tahun berjaya mendapatkan skor tertinggi walaupun telah dinilai kertas soalan berkenaan antara paling susah pada tahun ini.
“Saya tidak pernah menjangka Marilenancy akan mendapat A dalam kertas Bahasa Cina kerana saya dapati soalan berkenaan adalah antara kertas yang sukar pada UPSR tahun ini,” kata salah seorang gurunya, Wong Ding Niew ketika ditemui pagi semalam.
Menurut Wong, ia dikatakan mustahil untuk mendapatkan skor A kerana di kalangan murid berbangsa Cina sendiri turut menyatakan sukar untuk memperolehi skor tertinggi bagi kertas soalan itu.
Seorang lagi rakan Marilenancy iaitu Marini Wilson turut mengejutkan pihak sekolah kerana memperolehi empat A iaitu tersasar jauh daripada jangkaan awal.
Sekolah berkenaan secara keseluruhannya pada tahun ini masing-masing mempunyai seorang murid mendapat 7A dan 6A, diikuti enam murid mendapat keputusan 5A serta tujuh murid lagi mendapat keputusan 4A.
Peningkatan ketara prestasi murid sekolah berkenaan pada tahun ini terutama di kalangan murid Bumiputera dikatakan kerana usaha pihak sekolah menggandakan usaha melahirkan murid cemerlang.
- UB
No comments:
Post a Comment