Powered by Blogger.

Wednesday, November 30, 2011

Wanita UMNO Buka Anugerah Nadi Negara Untuk Graduan Lelaki Mulai 2012

  NR       Wednesday, November 30, 2011

SHAHRIZAT (tengah) beramah mesra dengan sebahagian daripada penerima Anugerah Nadi Negara di PWTC semalam.

KUALA LUMPUR: Anugerah Nadi Negara yang diperkenalkan Wanita UMNO untuk graduan wanita cemerlang akan dibuka kepada pelajar lelaki mulai tahun depan.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pengiktirafan itu bagi menggalakkan penuntut lelaki berusaha meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang pengajian masing-masing.

Untuk terpilih menerima anugerah ini, penuntut bukan saja cemerlang dalam bidang akademik seperti menerima Anugerah Dekan, tetapi juga aktif dalam kokurikulum serta berpotensi menjadi pemimpin negara,  katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Nadi Negara 2011, di sini semalam.

Semalam, seramai 20 graduan wanita menerima anugerah itu yang berupa iPad dan juga wang tunai.
Seorang penerima, Siti Mariam Abdul Lathiff, 22, lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia), Universiti Teknologi Malaysia berkata berkata hadiah itu amat berharga buat dirinya dan keluarga.

Saya amat terkejut apabila dimaklumkan pada Ahad lepas akan menerima anugerah itu, katanya ketika ditemui.

Bagi graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi), Universiti Malaysia Pahang, Noor Izyannisa Sarjuni, anugerah itu merupakan hadiah hari jadi paling berharga buat dirinya yang genap berusia 22 tahun Khamis lepas. — Bernama

logoblog

Thanks for reading Wanita UMNO Buka Anugerah Nadi Negara Untuk Graduan Lelaki Mulai 2012

Previous
« Prev Post

No comments: