Powered by Blogger.

Friday, December 23, 2011

2 Beradik, Rakan Didakwa Merusuh Bersenjatakan Topi Keledar di SK La Salle Jinjang Utara, Sentul

  NR       Friday, December 23, 2011

KUALA LUMPUR – Dua beradik dan seorang rakan mereka Jumaat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan melakukan rusuhan, Isnin lepas.
L Visvanathan, 21, L Gopinathan, 20, dan S Lugantran, 16, didakwa bersama-sama merusuh bersenjatakan topi keledar di depan Sekolah Kebangsaan La Salle Jinjang Utara, Sentul di sini pada 11 malam, 19 Dis lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Loh Wei Dhin menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh, namun ketiga-tiga tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM1,000.
Majistret Parvin Hameedah Natchiar membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Feb depan untuk sebutan semula kes untuk melantik peguam.
Kedua-dua beradik itu dijamin oleh bapa mereka manakala Lugantran dijamin oleh abangnya. – BERNAMA
logoblog

Thanks for reading 2 Beradik, Rakan Didakwa Merusuh Bersenjatakan Topi Keledar di SK La Salle Jinjang Utara, Sentul

Previous
« Prev Post

No comments: