Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Sarawak, Abang Rabaee Abang Muhi berkata, pembukaan tabika tersebut dilakukan secara berperingkat-peringkat yang akan bermula Januari ini.
''Kita menyasarkan untuk membuka 300 tabika di seluruh negeri bagi membolehkan lebih ramai kanak-kanak termasuk di kawasan yang sukar dihubungi dengan jalan raya mendapat pendidikan sewajarnya.
''Pembukaannya akan bermula sebanyak 150 tabika pada Januari diikuti Mac dan Jun tahun depan," katanya pada Majlis Konvokesyen 2011 Kanak-kanak Tabika Kemas Daerah Kuching di sini semalam.
Majlis perasmian konvokesyen tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
Abang Rabaee berkata, di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Sarawak telah diberi kuota yang agak besar bagi mewujudkan 750 kelas tabikabermula tahun lalu.
Katanya, pada masa ini, sebanyak 1,179 kelas tabika sudah dibuka di seluruh negeri.
''Saya kagum melihat pertambahan kelas tabika di negeri ini berbanding semasa mula-mula bertugas di Sarawak pada 2008 yang hanya terdapat 700 kelas tabika yang beroperasi," ujarnya.
Seramai 530 kanak-kanak dari Tabika Kemas di sekitar bandar raya ini menerima sijil masing-masing selepas menamatkan sesi persekolahan mereka pada tahun ini.
- Utusan
No comments:
Post a Comment