Powered by Blogger.

Tuesday, December 06, 2011

5000 Graduan ISMP IPTA Dilantik Guru Sekolah Menengah Mulai Jan 2012

  NR       Tuesday, December 06, 2011

MOHD. PUAD (tengah) menunjukkan replika cek bantuan berjumlah RM500,000 bagi membina bangunan baharu Sekolah Menengah Chung Hwa, Rengit di Batu Pahat, Johor semalam.


BATU PAHAT - Kira-kira 5,000 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan akan dilantik sebagai guru di sekolah menengah mulai Januari tahun depan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, daripada jumlah itu, seramai 3,894 graduan ISMP telah pun ditemu duga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi tujuan berkenaan.
Beliau berkata, jumlah pengambilan tersebut menunjukkan peningkatan berbanding 4,318 orang dilantik sebagai guru tahun ini.
"Justeru saya menafikan graduan ISMP dianaktirikan dalam pemilihan guru kerana ia dibuat berdasarkan kelayakan dan opsyen bersesuaian,'' katanya.
- Kosmo
logoblog

Thanks for reading 5000 Graduan ISMP IPTA Dilantik Guru Sekolah Menengah Mulai Jan 2012

Previous
« Prev Post

No comments: