Powered by Blogger.

Friday, December 23, 2011

Chong Wei Tagih Bimbingan Misbun Saat Getir Menjelang Temasya Olimpik London

  NR       Friday, December 23, 2011


JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengakui masih mengharapkan bimbingan bekas jurulatih, Datuk Misbun Sidek dalam menempuhi saat getir lapan bulan menjelang temasya Olimpik London.

“Namun begitu, saya terikat dengan BAM (Persatuan Badminton Malaysia). Saya ikut saja apa yang telah diuruskan oleh mereka (BAM),” katanya.

Berharap kerjasama orang ramai dalam membantunya berlatih demi melaksanakan hasrat membawa pulang emas pertama Olimpik buat Malaysia, Chong Wei mengakui berasa tertekan dengan harapan tinggi semua pihak.

“Apa pun, yang penting saya sendiri kena fokus” katanya yang terpaksa menanggung beba­nan meraih emas seorang diri.

Mengimbas perjalanan kariernya sepanjang tahun ini, Chong Wei berkata, pe­ngalaman paling pahit untuknya adalah ketika terlepas gelaran dunia di London Ogos lalu.

“Paling menyakitkan hati adalah semasa Kejohanan Dunia. Sehingga kini saya mesih berasa rendah diri. Namun begitu, sempena tahun baru ini saya mahu lupakan semua itu dan mula semula,” katanya yang akan menyertai Kejohanan Terbuka Korea awal tahun depan dan selepas itu Terbuka Malaysia pada 10 hingga 15 Januari.

Misbun meletakkan jawatan sebagai jurulatih kebangsaan hujung tahun lalu setelah lapan tahun berkhidmat dengan BAM dan Chong Wei kini di bawah jurulatih Tey Siu Bock dengan dibantu Rashid Sidek dan Hendrawan. 

- SH

logoblog

Thanks for reading Chong Wei Tagih Bimbingan Misbun Saat Getir Menjelang Temasya Olimpik London

Previous
« Prev Post

No comments: