Powered by Blogger.

Tuesday, December 13, 2011

Kes UM Halang Debat AUKU: Hapuskan Kerenah Birokrasi di IPTA - Saifuddin

  NR       Tuesday, December 13, 2011

SHAH ALAM- Timbalan Menteri Pengajian Tinggi menegaskan agar kerenah birokrasi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dihapuskan.

Datuk Saifuddin Abdullah berkata, berikutan kejadian debat Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dihentikan di Universiti Malaya (UM) sebelum ini, beliau telah menghubungi pihak yang terlibat.

"Saya telah menghubungi kedua-dua pihak, iaitu penganjur dan Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar (HEP) UM. Debat itu telah cuba dihalang oleh pentadbir universiti, (bagaimanapun) berlaku perundingan antara mahasiswa dan (pihak) HEP. Sebaik rundingan selesai, debat juga selesai. Bermakna, debat tidak batal."

"Saya dukacita dengan apa yang berlaku iaitu kelulusan tak diberi. Sebenarnya mahasiswa ada memohon kepada Fakulti Undang-undang, tetapi terdapat masalah kurang komunikasi antara mereka," katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, kerenah birokrasi tidak sepatutnya berlaku dan pihak pentadbir perlu menggunakan budi bicara.

"Patut 'facilitate' (memudahkan), bukan 'frustrate' (mengecewakan). Sy harap karenah birokrasi begini ditamatkan," ujarnya. 

- SH
logoblog

Thanks for reading Kes UM Halang Debat AUKU: Hapuskan Kerenah Birokrasi di IPTA - Saifuddin

Previous
« Prev Post

No comments: