Powered by Blogger.

Tuesday, December 13, 2011

Pelajar Temui Bayi Perempuan Berumur Seminggu di Taman Permainan

  NR       Tuesday, December 13, 2011
KUALA LUMPUR 12 Dis. – Seorang bayi perempuan dipercayai baru seminggu dilahirkan ditemui di Taman Cheras Prima, Kajang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, bayi tersebut ditemui oleh seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun ketika melalui sebuah taman permainan di taman itu kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

Beliau berkata, pengadu yang tinggal berhampiran kawasan tempat kejadian telah berjalan kaki melalui taman permainan itu dan terjumpa bayi perempuan dalam gelongsor.

"Bayi itu dibalut dengan sehelai seluar pendek berwarna biru dan tidak menangis serta ada gigitan semut di bahagian badan bayi,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas di sini hari ini.

Ab Rashid berkata, pelajar itu kemudiannya membawa bayi itu ke rumahnya sebelum membuat laporan polis hari ini.

"Pemeriksaan doktor mendapati bayi tersebut dipercayai berumur seminggu berpandukan tali pusat yang masih baru dan telah dipotong dan bersimpul serta dalam keadaan sihat,” katanya. 


– Bernama
logoblog

Thanks for reading Pelajar Temui Bayi Perempuan Berumur Seminggu di Taman Permainan

Previous
« Prev Post

No comments: