Powered by Blogger.

Wednesday, December 21, 2011

Penempatan Guru TESL Keluaran IPG Dijangka Mac 2012

  NR       Wednesday, December 21, 2011

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk kepada surat bertajuk ‘Graduan TESL masih menunggu’ oleh ‘Guru TESL, Cohort 4’ yang disiarkan pada 9 Disember lalu.

Pengadu ingin mengetahui status penempatan graduan TESL yang menamatkan pengajian di Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam bidang pendidikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Adalah dimaklumkan bahawa graduan TESL keluaran IPG 2011 sudah pun ditemuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran untuk dilantik sebagai guru tetap pada 21 hingga 25 November lalu.

Graduan TESL yang berjaya dalam temuduga berkenaan akan diberi penempatan di sekolah Kementerian Pelajaran pada awal tahun depan. Graduan IPTA akan dipanggil temuduga pada Januari ini berdasarkan keperluan kementerian dan mereka yang berjaya serta layak, dijangka ditempatkan di sekolah pada Mac depan.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Berita Harian Online: 20 Disember 2011
logoblog

Thanks for reading Penempatan Guru TESL Keluaran IPG Dijangka Mac 2012

Previous
« Prev Post

1 comment:

Anonymous said...

Berita terbaru: http://m.tmi.me/jD83g
IPG TESL akan mula posting Januari. InshaALLAH. Doakan kami ya, 8 bulan tidak bekerja adalah sangat memeritkan.

Bila mau bekerja, majikan akan menolak kami kerana ada kontrak dengan kerajaan (dan pada 8 bulan sebelum ini kami tidak diberitahu bila akan posting, maka agak susah untuk memohon kerja - kerana takut apabila dipanggil, maka kami terpaksa berhenti kerja mengejut).

Diharapkan pihak kementerian lebih bertanggungjawab pada masa akan datang. Berikan kami tarikh kerja yang tetap dengan itu kami dapat merancang sebaiknya.