MIRI: Gara-gara mencuri satu unit komputer riba kepunyaan bapa
sendiri, seorang remaja terpaksa meringkuk dalam penjara setelah Mahkamah
Majistret pagi semalam menjatuhi hukuman enam bulan ke atasnya kerana kesalahan
itu.
Hukuman i tu dijatuhkan Majistret Gerald Empaling Donald setelah
menimbangkan beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh,
keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambilkira
kepentingan awam.
Mohd Affiq Drahman, 20, dari Tudan Fasa 1, Jalan Lutong-Kuala
Baram di sini didapati telah mencuri satu unit komputer riba jenama Toshiba
kepunyaan bapanya. Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 1 pagi, 14
November lalu di Lot 6733 Desa Senadin Fasa 5 di sini.
Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 380
Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan denda, jika
sabit kesalahan. Ketika rayuan, tertuduh memohon hukuman ringan memandangkan
ini adalah kesalahan pertamanya.
- UB
No comments:
Post a Comment